Arab Saudi berminat untuk membangunkan reaktor nuklear

Arab Saudi minat bangun reaktor nuklear

Gambar menunjukkan lokasi yang dikatakan bakal dibangunkan reaktor nuklear Arab Saudi. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman berkata, kementeriannya berminat untuk membangunkan reaktor nuklear bermodular kecil dikenali sebagai SMR, yang akan menjana tenaga elektrik ke kawasan terpencil.

Beliau berkata, Arab Saudi tidak mencari pembiayaan daripada mana-mana negara untuk membantunya menjayakan pelan peralihan tenaga berkenaan.

Katanya, kerajaan akan membangunkan lebih banyak teknologi tempatan untuk mengehadkan risiko kepada bumi.

“Masa depan dunia dan masyarakat bukan terletak pada kita menunggu orang lain membina perkara yang patut kita gunakan, tetapi kita membinanya sendiri,” kata beliau ketika berucap pada Kongres Keusahawanan Global (GEC) Riyadh 2022 di sini, semalam.

Menurut Putera Abdulaziz, kerajaan Arab Saudi juga sedang melatih ratusan warga tempatan untuk mengetuai program nuklearnya.

Arab News melaporkan, GEC Riyadh bermula kelmarin di tengah-tengah ledakan untuk syarikat permulaan (startup) mencari dana modal teroka dan para pelabur untuk menanam modal.

Acara itu memberi tumpuan kepada cara untuk memudahkan usahawan memula dan mengembangkan perniagaan.

Pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Netflix, Marc Randolph antara ahli perniagaan yang memberi ucapan pada kongres berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bank Pembangunan Sosial mengumumkan peruntukan lebih SR11 bilion (AS$2.9 bilion/ RM12.22 bilion) untuk membantu lebih 680,000 usahawan di Arab Saudi.

Menurut laporan agensi Saudi Press, bank berkenaan menyokong banyak program pembiayaan, latihan dan penajaan untuk usahawan bagi membantu mereka membangunkan projek masing-masing.

“Bank yang berpangkalan di Arab Saudi itu telah menyediakan pinjaman bernilai lebih SR10 bilion,” menurut laporan itu memetik Ketua Pegawai Eksekutif bank, Ibrahim Al-Rashed.

Menurut laporan, bank itu juga telah menandatangani beberapa perjanjian dengan rakan kongsi strategik untuk menyediakan latihan kepada usahawan tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×