Aisyah mahu beri impak positif pada masyarakat melalui perkongsian agama dan motivasi. Tutur katanya ketika membicarakan sesuatu topik di yang dikongsikan di media sosial amat mudah untuk difahami. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai Aisyah Hijanah Azhari, seorang influencer atau pempengaruh yang mempunyai pengikut yang ramai di Instagram dan TikTok.
Bergelar influencer ada manis dan pahitnya. Setiap yang manis itu dihargai dan yang pahit itu dijadikan pengajaran. Diharapkan perkongsian video berisi ilmu dan nasihat oleh Aisyah itu dihargai oleh pengikutnya di media sosial.
Apa yang menarik mengenai diri anda?
Saya seorang yang mudah berkawan dan suka memberikan input positif dari sudut agama khususnya kepada masyarakat. Dan tujuan saya hanyalah untuk empower muslimah di Malaysia khususnya remaja.
Sejak bila berkongsi mengenai diri dan aktiviti di media sosial? Kenapa melakukannya?
Saya mula berkecimpung dalam dunia media sosial sejak 2017 lagi kerana saya suka berkongsi dan bercakap di hadapan kamera. Kehidupan yang ada ini adalah untuk dikongsikan manfaatnya kepada masyarakat.
Apakah identiti dan anda mahu dikenali sebagai apa?
Saya mahu dikenali sebagai seorang usahawan yang suka berkongsi mengenai agama, motivasi dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Peranan dalam membantu keluarga Malaysia menjadi lebih baik?
Saya berharap mampu memberikan input yang baik dari sudut agama di media sosial.
Pengalaman menarik sejak menjadi Instafamous?
Pengalaman dikeji dan difitnah oleh orang lain. Bagaimanapun dengan kejian itulah juga yang membina Aisyah Hijanah untuk menjadi manusia yang lebih kuat dalam mengharungi segala masalah.
Bagaimana menambah jumlah pengikut?
Caranya adalah perlu konsisten dalam menghasilkan contents di media sosial.
Harapan masa depan?
Saya berharap dapat membina satu aplikasi talian pintar yang membolehkan Muslimah mengetahui hukum berkaitan diri mereka sendiri.
Siapakah idola anda?
Idola saya merupakan Rasulullah SAW yang seimbang dunia dan akhirat Baginda.










