Gunting dapur merupakan salah satu alat memasak yang paling lazim digunakan di dapur.
Ia bukan sahaja memudahkan proses penyediaan makanan, malah turut berciri serbaguna.
Bagaimanapun kebanyakan individu menggunakan gunting dapur yang sama untuk pelbagai tujuan seperti memotong bungkusan makanan, mengumpil tin, menggunting herba dan sayur-sayuran, memangkas lemak, meleraikan daging mentah, atau menyiang ikan.
Ia sebenarnya boleh menjurus kepada penyebaran bakteria yang mengakibatkan pencemaran makanan.
Memahami hal itu, syarikat sains bertaraf global, 3M meluaskan barisan produk gunting dapurnya menerusi pelancaran Scotch Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch Detachable Titanium Kitchen Scissors.
Hadir dengan tiga warna, merah, hijau dan ungu untuk memudahkan pengecaman dan pencegahan pencemaran silang ketika menyediakan makanan.
Dengan memiliki gunting yang lasak ini, menjadikan tempoh yang diluangkan di dapur juga dapat disingkatkan.
Justeru, pengguna boleh meluangkan lebih banyak masa dengan insan tersayang khususnya menjelang musim perayaan ini.
Gunting ini ditawarkan pada harga RM48.00 dan RM61.20.










