KLIA, LIA antara lapangan terbang terbaik dunia 2021

KLIA, LIA antara lapangan terbang terbaik dunia 2021

KLIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) telah menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing untuk 2021.

KLIA dan LIA telah mencapai kejayaan skor sempurna sebanyak 5.0 dalam kategori lapangan terbang yang berkhidmat untuk lebih 40 juta penumpang setahun (mppa) dan 2.0 hingga 5.0 mppa masing-masing.

ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan penumpang keseluruhan untuk keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

Penganugerahan industri baru-baru ini oleh badan global akan memberi dorongan tambahan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi terutamanya, memandangkan jangkaan peningkatan dalam pergerakan penumpang selepas sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April 2022.

Menurut MAHB, pada Februari 2022, Kumpulan merekodkan sejumlah 4.66 juta pergerakan penumpang dan daripada jumlah itu, 2.54 juta pergerakan penumpang atau 55 peratus disumbangkan oleh rangkaian lapangan terbang tempatannya dan 2.12 juta atau 45 peratus adalah dari aset Turkinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG).

Bagi Malaysia, pergerakan trafik penumpang domestik berjumlah 2.27 juta dan antarabangsa 0.28 juta, manakala ISG mencatatkan 1.09 juta domestik dan 1.03 juta antarabangsa.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pengendali lapangan terbang berbangga kerana dua lapangan terbang Malaysia diiktiraf untuk anugerah berprestij tersebut.

“Walaupun kami telah mencapai skor tinggi pada 2020, kami masih ketinggalan 0.02 mata daripada skor sempurna.

“Pada 2021, pasukan telah berusaha keras untuk menutup jurang itu kerana sebagai pengendali lapangan terbang, kami tidak boleh berkompromi dengan kecekapan operasi dan standard perkhidmatan lebih-lebih lagi kerana kami menjangkakan kemasukan penumpang antarabangsa ke negara mulai bulan depan dan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Selain meneruskan semula laluan biasa mereka, syarikat penerbangan juga telah mula memperkenalkan laluan baharu.

Antara syarikat penerbangan yang telah menyambung semula laluan sebelum ini termasuk AirAsia X untuk penerbangan mingguan Kuala Lumpur-Sydney, Thai Airways untuk penerbangan dua kali seminggu Bangkok-Kuala Lumpur dan Vietnam Airlines untuk penerbangan dua kali seminggu Ho Chi Minh City-Kuala Lumpur.

Sementara itu, Scoot turut memperkenalkan penerbangan Singapura-Miri dua kali seminggu di atas penerbangan Singapura-Kuching tiga kali seminggu.

Pemain tempatan, Firefly juga mengumumkan pengembalian semula operasi jetnya bermula April dari hab baharunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×