Cawangan Richiamo di UniMAP dimiliki, dikendali Empire Coffee Works.

Richiamo Coffee buka cawangan ke-88

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bercemar duli mencuba membuat kopi sempena pembukaan cawangan ke-88 Richiamo Coffee sambil diperhatikan Wan Najib Wan Daud (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bercemar duli merasmikan cawangan Richiamo Coffee ke-88 di di Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.

Mengiringi baginda ke majlis itu ialah puteri sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Cawangan di UniMAP itu dimiliki dan dikendalikan oleh Empire Coffee Works dan merupakan cawangan kedua selepas Wisma Bernama Kuala Lumpur.

Pengarah Empire Coffee Works, Wan Najib Wan Daud berkata, pembukaan cawangan di UniMAP adalah hasil perbincangan dengan pengurusan tertinggi universiti itu berikutan kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh pemegang lesen Richiamo Coffee Sdn. Bhd.

“Sebagai syarikat milik 100 bumiputera, Richiamo Coffee selalu menekankan agar jenama ini boleh ditembusi oleh semua lapisan masyarakat agar ia boleh berkembang sejajar dengan usaha kebelakangan ini,” katanya.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Ketua Pejabat Naib Canselor UniMAP, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×