Boost lancar Game Connect, solusi kedai sehenti untuk komuniti gamer

Boost lancar kedai sehenti online untuk komuniti gamer

Game Connect merupakan pelantar pembayaran rentas sempadan serantau dan pertumbuhan pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat teknologi kewangan (fintech) Boost, melancarkan Game Connect, solusi kedai sehenti untuk komuniti gamer Malaysia melalui anak syarikatnya, Boost Connect, dahulu dikenali sebagai Apigate.

Game Connect merupakan pelantar pembayaran rentas sempadan serantau dan pertumbuhan pelanggan. Kedai online tersebut dibangunkan untuk Boost Life, pelantar eDompet pengguna dan pembayaran gaya hidup digital.

Menurut Boost, Game Connect menawarkan solusi sehenti sepenuhnya untuk komuniti eSukan dan gaming di Malaysia menemui dan membeli kredit serta baucar game dengan muda.

Jelasnya, dalam beberapa bulan akan datang, beberapa produk baharu berkaitan game akan dilancarkan.

“Sebagai permulaan, Game Connect menawarkan 63 tajuk game terkena, termasuk game mudah alih seperti Mobile Legends, Genshin Impact, PUBG dan Roblix, Selain itu baucar untuk Playstation, Unipin, Razer, Google Play, Garena, Steam, Nintendo dan Amazon turut tersedia,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, komuniti eSukan dan gaming aktif serta semakin berkembang di negara ini.

Katanya, dua tahun lalu, kajian pasaran menunjukkan terdapat lebih daripada 20 juta gamer di dalam negara, dan ternyata bilangan mereka semakin bertambah.

Game Connect ialah salah satu usaha kami untuk menawarkan komuniti gamer solusi sehenti dan akses mudah untuk semua keperluan gaming mereka di satu lokasi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect, Raja Mansukhani pula berkata, pihaknya gembira dengan pelancaran Game Connect yang menawarkan Boost Life peluang meningkatkan tawaran nilai produk bagi memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mudah, selain memenuhi permintaan komuniti gamer yang kian meningkat.

“Ini merupakan solusi kedai online kedua kami di peringkat rantau, dan permintaan produk proaktif seperti ini semakin bertambah dalam kalangan pelanggan,” jelas beliau.

Pengumuman itu menyusuli pelancaran kedai online terdahulu oleh Boost Connect, untuk syarikat gergasi telekomunikasi Kemboja, Smart, bagi menembusi pasaran baucar game di negara tersebut.

Game Connect boleh diakses secara langsung melalui aplikasi Boost atau laman sesawang di https://www.myboost.com.my/gameconnect/ dan pembayaran diterima melalui eDompet Boost.

Pelanggan boleh log masuk untuk menerima potongan harga dan tunai kembali untuk setiap transaksi.

Sementara itu, langganan pas game, peranti dan aksesori gaming, pas masuk ke kejohanan gaming, serta ciri ‘Pay Later’ untuk game dan peranti akan diperkenalkan sepanjang 2022.

“Bilangan penyedia perkhidmatan gaming dan rakan niaga akan turut bertambah pada masa akan datang,” jelas syarikat itu.

Boost merupakan fintech milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×