Takut hamil, bersalin bukan remeh - Utusan Malaysia

Takut hamil, bersalin bukan remeh

Takut berlebihan untuk bersalin bukan isu remeh sebaliknya ia boleh menimbulkan kekacauan jiwa dalam kalangan wanita hamil. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tokophobia atau rasa takut yang berlebihan terhadap proses kehamilan dan melahirkan anak dalam kalangan wanita antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Nampak remeh, namun sebenarnya perkara ini mampu menimbulkan kekacauan dalam diri wanita itu sendiri.

Sejauh mana tokophobia menghantui wanita? Seri dapatkan penjelasan Psikologis Klinikal, Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Khuldiah Iman Mohd. Ghazali.

SERI: Berapa peratusan wanita mengalami Tokophobia?
Dalam 20 hingga 70 peratus wanita mengandung mempunyai kerisauan dan ketakutan terhadap proses kehamilan dan proses kelahiran. Namun, ujian perlu dilakukan dengan mendalam bagi tujuan pendiagnosan tokophobia.

Bagaimana mengatasi?
Terapi secara individu dapat membantu dalam memahami punca ketakutan tersebut. Teknik mindfulness, relaxation, dan terapi kognitif tingkah laku dapat membantu para ibu yang sedang mengalami tokophobia yang merupakan perasaan takut yang berlebihan terhadap proses kehamilan dan melahirkan anak.

Peranan suami?
Suami memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu isteri melalui detik detik cemas yang harus isteri hadapi itu. Suami boleh membantu dengan mendengar, memberi kata-kata sokongan atau lebih baik lagi, memujuk dan membawa isteri berjumpa dengan pakar kesihatan mental untuk membantu isteri meluahkan kegusaran dan kerisauan dihadapi dalam melalui tempoh sembilan bulan kehamilan atau proses kelahiran kelak.

Adakah ketakutan itu sejenis gangguan mental?
Tokophobia dikaitkan dengan perasaan takut dan kerisauan berlebihan terhadap kehamilan dan kelahiran. Isu yang harus diselesaikan dan diselami adalah isu ketakutan dan kerisauan itu yang dikaitkan dengan Kecelaruan Kebimbangan.

Jika tidak diatasi, adakah memudaratkan?
Kesan daripada kerisauan ini, ramai isteri akan mengelakkan diri daripada hamil dengan pendekatan perancangan keluarga yang wujud di hospital hospital. Jika kerisauan ini berlarutan tanpa pemahaman dan sokongan daripada suami serta keluarga, hubungan kekeluargaan boleh terjejas. Ia kemudiannya boleh memberi kesan kepada kesihatan mental isteri itu sendiri seperti berdepan masalah kemurungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×