Koleksi musim luruh panas 2022 telah tiba. Sesuai buat anda yang suka bergaya kemas, kasual mahupun santai, inilah masanya untuk menambah koleksi pakaian baharu.
Formal ke pejabat
Kita semua berharap untuk kembali ke masa yang baik bersama keluarga, teman dan rakan sekerja. Pakaian kasual bersih yang kelihatan hebat, menjadi standard baharu untuk kehidupan bandar.
Ramai mahukan pakaian yang moden, selesa dan menyeronokkan untuk dipakai. Pasti semangat anda akan meningkat dengan penampilan baharu ini. Baik wanita mahupun lelaki, Uniqlo, jenama dari Jepun menyediakan koleksi sesuai mengikut citarasa anda.
Antaranya kardigan pendek untuk wanita. Ia mudah dilaraskan dengan celana atau skirt.
Ada untuk lelaki, baju parka kalis air yang boleh digunakan untuk melindungi daripada hujan secara tiba-tiba. Terdapat lima poket untuk simpanan tambahan dan dengan permukaan matte yang bersih, parka kelihatan hebat digayakan.
Selain itu, terdapat juga pilihan jaket, blazer dan seluar kando buat wanita dan lelaki yang mahukan gaya kemas namun selesa ketika ke pejabat.
Keluar beraktiviti
Menghabiskan masa melakukan aktiviti luar, penting untuk menyegarkan minda dan badan. Anda hanya perlukan pakaian yang berfungsi untuk berjalan kaki, berbasikal dan aktiviti lain. Warna dan tekstur yang sebati dengan alam seperti hijau dan krim membantu individu berasa tenang dan sebati dengan alam.
Ada untuk wanita, anda boleh menggayakan celana denim potongan tinggi yang memberikan ilusi tubuh lebih langsing.
Ada juga koleksi baju t, baju panas dan baju panas hoodie pullover yang kelihatan cantik digayakan bersama jaket dan seluar kerja pilihan.
Santai ke pantai
Bercuti pun kena cantik bergaya. Buat wanita terdapat koleksi kemeja yang ditampilkan dalam warna baharu yang mudah dipakai sebagai jaket pendek.
Ada juga jaket campuran linen bertekstur lembut dan seluar bermuda untuk digayakan.
Gaun mini bertingkat diperbuat daripada kapas lembut ringan boleh dijadikan pilihan kerana amat selesa pada badan.
Pilihan baju linen Eropah dengan kolar tinggi, seluar pendek gear dan seluar pendek utiliti pula sesuai buat jejaka.










