Mari Baco tingkat pembacaan bahasa Inggeris - Utusan Malaysia

Mari Baco tingkat pembacaan bahasa Inggeris

PENGUNJUNG boleh menikmati tawaran eksklusif buku berbahasa Inggeris dengan potongan harga sehingga 90 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARNIVAL Jualan Buku Mari Baco sempena kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022, bakal melahirkan generasi pembaca baharu dan meningkatkan pembacaan bahasa Inggeris.

Kali ini, Big Bad Wolf Books menuju ke Kelantan buat kali pertama. Pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif buku berbahasa Inggeris dengan potongan harga sehingga 95 peratus. Ia akan berlangsung di Lotus’s Kota Bharu, Kelantan sehingga 6 Mac 2022.

Apabila tiba di Lotus’s Kota Bharu, pengunjung akan dapat melihat ‘sarang serigala’ besar yang terletak di tempat letak kereta Lotus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ada juga buku yang jarang-jarang ditemukan yang ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah iaitu antara RM3, RM5 dan RM8.

Antara buku berharga durian runtuh disyorkan untuk kanak-kanak adalah Help with Homework 3+: Letters berharga RM8.99 daripada RM38.70 dan Tree dijual pada harga RM12.99 daripada RM63.

Ada lebih daripada 10,000 judul buku pelbagai kategori sama ada untuk kanak-kanak, fiksyen atau bukan fiksyen.

Selain buku berbahasa Inggeris pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada Professional Training Service (PTS), IMAN Shoppe, Sasbasi, Pustaka Azhar serendah RM2.

Lebih menarik, pelajar kolej dan universiti berpeluang menikmati diskaun lima peratus dengan setiap pembelian minimum RM40 di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini