Signifikansi teori komunikasi visual dalam fotografi - Utusan Malaysia

Signifikansi teori komunikasi visual dalam fotografi

Penampakan ‘lambang’ bulan sabit serta dua orang yang memakai jubah putih sedang berjalan. Ia sudah cukup menceritakan bagaimana simbol tersebut menguatkan lagi konten penceritaan dan sinonimnya dengan Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada asasnya, fotografi merupakan bentuk komunikasi dan merupakan bahasa pengantara mudah di dalam berinteraksi. Apabila detik gambar dikongsikan, ianya menceritakan pengalaman yang berharga berkenaan perkara serta situasi dan momen yang didokumentasikan untuk dijadikan bahan rujukan sebagai sumber bukti ataupun bertujuan untuk memujuk di dalam konteks komersil.

Bercerita berkenaan konten gambar, terdapat kaedah yang boleh digunapakai dalam menguatkan penceritaan iaitu dengan mengunaakan asas ‘simbol, tanda dan objek’.

Dalam teori komunikasi visual merujuk ianya kepada semiology dan semiotic.

Seni fotografi juga tidak lari dari konsep teori dan penggunaanya. Apa yang dimaksudkannya dan bagaimana ianya digunakan didalam kaedah fotografi?

Semiologi dan Semiotik adalah dua disiplin yang berkaitan signifikansi pengkajian simbol tanda dan objek yang bertindak balas difikiran penonton yang melihat serta yang menilainya.

Menurut Ferdinand de Saussure, semiotik adalah ilmu tentang tanda dan simbol dan ditakrifkan sebagai kajian mentafsir, manakala Umberto Eco menjelaskan tentang perumusan atau formula mendapatkan proses idea sebelum diterjemahkan di dalam visual.

Manakala semiologi di dalam fotografi berkaitan dengan kajian analisis tanda dan mesej visual. Dua teori ini sangat berkait rapat dalam komunikasi visual dan boleh digunapakai tidak kira dalam apa jua bentuknya sama ada fotografi, grafik dan lain-lain seni visual.

Secara ringkasnya, kualiti simbol dalam visual dapat membantu jurugambar di dalam penceritaan konten visual.

Matlamatnya mudah. Dalam pembikanan gambar, jurufoto perlu memahami ‘cerita’ atau kandungan dan dikuatkan dengan simbol atau tanda untuk membantu gambar berbicara dengan lebih jelas.

Sebagai contoh, apabila jurufoto ingin menceritakan tentang keislaman, sudah semestinya lambang bulan sabit dan bintang yang begitu sinonim dengan Islam. Satu contoh lagi, apabila bercerita berkenaan ketajaman, ianya boleh digambarkan dengan simbol pisau atau jarum, ianya cukup untuk menguatkan penceritaan sesebuah visual.

Teori dan kaedah ini boleh digupakai dalam semua genre fotografi termasuk di dalam kewartawanan foto, komersial dan fesyen fotografi, fine art fotografi dan lain-lain cabang.

Tidak kira jurufoto amatur mahupun profesional, anda boleh mengaplikasikan kaedah ini dalam pembikinan gambar.

Semoga ianya bermanfaat buat semua.

—————
Penulis merupakan bekas jurufoto Utusan Malaysia dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×