KPLB melancarkan aplikasi eDesa khusus untuk penggiat IKS.

KPLB lancar eDesa, bantu IKS

SEORANG pengusaha IKS menunjukkan aplikasi e-Dsa yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu golongan berkenaan. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melancarkan aplikasi eDesa yang dibangunkan khusus untuk penggiat industri kecil dan sederhana (IKS).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, eDesa dan KPLB memainkan peranan penting dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat iaitu dengan mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan dan hasil khususnya peniaga kecil.

“Aplikasi eDesa turut mempunyai slogan tersendiri iaitu ‘Produk Orang Kita’ sekali gus menggambarkan aplikasi itu adalah milik syarikat anak Malaysia yang menggunakan 100 peratus kepakaran sendiri.

“Kami yakin, sistem yang dibangunkan dengan baik itu akan menjadi lebih baik apabila ia boleh dimanfaatkan dan digunakan dengan mudah oleh rakyat.

“Agensi di bawah KPLB juga bersedia untuk membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui platform berkenaan,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengarah Urusan eDesa, Saiful Zaharin Zakariya.

Sementara itu, Saiful Zaharin berkata, seramai 20,000 usahawan luar bandar disasarkan berdaftar dengan aplikasi tersebut menjelang hujung tahun ini.

“Setakat ini, seramai 500 usahawan luar bandar telah berdaftar dan dijangka pada Ramadan nanti ia meningkat kepada 1,000 orang dan menjelang hujung tahun sehingga 20,000 pendaftaran.

“Aplikasi eDesa telah dibangunkan oleh syarikat DZ Media yang merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Aplikasi e-dagang ini memfokuskan jualan produk dan perkhidmatan IKS termasuk pertanian, hasil laut, makanan, inap desa, barang mentah dan buah-buahan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×