Jual maruah untuk tanggung keluarga? - Utusan Malaysia

Jual maruah untuk tanggung keluarga?

Pakar Kaunseling, Keluarga dan Wanita, Dr. Raba’Aton Adawiah@Robiah Mohd. Yusof.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESANGGUPAN remaja perempuan menawarkan kehormatan dirinya demi membantu keluarga yang tular baru-baru ini, adalah keterlaluan.

Pakar Kaunseling, Keluarga dan Wanita, Dr. Raba’Aton Adawiah@Robiah Mohd. Yusof berkata, ahli keluarga dan pihak sekolah sewajarnya mendekati pelajar berkenaan, bukannya menyisih ataupun memberikan respon negatif terhadap tindakan dilakukan itu.

Katanya, marah mungkin merupakan tindakan spontan ibu bapa lebih-lebih lagi tindakan ini menyalahi agama dan norma budaya kita tetapi ia tidak ke mana.

“Dekati mereka dan terangkan mengenai kehormatan diri sebaik mungkin khusus kepada anak-anak remaja perempuan.

“Anak-anak belajar daripada pemerhatian dalam keluarga. Akal remaja belum matang, barangkali tindakan itu pun hasil pengaruh media sosial,” katanya kepada Seri minggu ini.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Ekonomi dan Pembangunan Sosial di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), berkata, ibu bapa dan penjaga perlu bijak mengimbangi peranan dimainkan dalam perhubungan bersama dengan anak remaja. Khususnya daripada segi komunikasi berkesan dalam keluarga.

“Sentiasa berbincang dan mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak. Ada ketikanya ibu bapa perlu bertindak sebagai rakan yang sedia mendengar dan berkongsi idea. Pada masa sama mereka perlu menjadi ibu bapa yang mempunyai kuasa veto. Bijak guna peranan,” katanya.

Katanya, pihak sekolah perlu memberikan sesi bimbingan dan kaunseling untuk mengenalpasti isu sebenar dihadapi remaja bermasalah.

“Berikan remaja pemahaman mengenai implikasi daripada tindakan yang dilakukan itu terhadap diri sendiri. Tekankan implikasinya juga kepada keluarga dan masyarakat.

PENGAWALAN MEDIA SOSIAL

Memberi informasi dan didikan bersesuaian kepada masyarakat mampu membendung penyakit sosial itu daripada terus menular dalam kalangan remaja yang lain.

“Saya kita kerajaan perlu meningkatkan pengawalan terhadap media sosial yang rata-rata memberi kesan negatif kepada golongan remaja dan masyarakat.

“Pengawalan dari pihak berwajib, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada gejala-gejala sosial yang lain juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×