LONDON 17 Ogos – Barcelona mengesahkan Philippe Coutinho akan menyertai Bayern Munich secara pinjaman untuk jangka masa panjang.
Penyerang Brazil itu menjadi penonton ketika pasukannya memulakan kempen La Liga yang menyaksikan Barca tumpas 0-1 kepada Athletic Bilbao, semalam.
“Terdapat perjanjian asas bersama Bayern namun disebabkan keadaan tertentu, pinjaman ini mengambil sedikit masa dan kami mengetahui akan perkara ini,” kata pengarah Barca, Guillermo Amor.
Bayern bersetuju untuk meminjam Coutinho setahun dengan pilihan untuk membelinya. – AGENSI











