KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya menyelesaikan semua aduan di lima kawasan yang terlibat dengan banjir dan pokok tumbang akibat ribut, semalam.
MBPJ memberitahu, pasukannya telah mengalih dan membersihkan kawasan pokok tumbang serta mengepam air yang bertakung selepas menerima aduan daripada orang awam melalui gambar yang dikongsikan pasukan itu di Facebook.
“Empat kawasan terlibat dengan kejadian pokok tumbang iaitu di Jalan PJU 7/4 dari simpang empat pasaraya Tesco menghala ke Mutiara Home; berhampiran Masjid Al-Hidayah, Jalan PJS 1/21 Taman Petaling Utama dan No. 25 SD 7/3, Bandar Sri Damansara dekat sini.
“Manakala banjir kilat pula hanya berlaku di Jalan Universiti,” katanya. – UTUSAN ONLINE











