Pesawat pengebom berlegar, pelarian tetap beratur untuk daging - Utusan Malaysia

Pesawat pengebom berlegar, pelarian tetap beratur untuk daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAARAT-UL NU’MAN (Syria) 14 Ogos – Biarpun pesawat pengebom milik tentera kerajaan berlegar-legar, namum bagi pelarian di sini mereka tetap tidak berganjak untuk mendapatkan agihan daging korban.

Ini menyebabkan para petugas terpaksa menghabiskan agihan walaupun dalam situasi yang kurang selamat.

Menurut wakil Syria Care di sini, Abdul Rahman Al Bakur, kawasan Maarat-ul Nu’man dan sekitarnya di bom hampir setiap hari oleh pesawat pengebom kerajaan.

“Ketika kami mengagihkan daging korban terdapat pesawat yang berlegar-legar mencari sasaran untuk di bom.

“Selalunya bila ada kehadiran pesawat seperti ini kami akan bersembunyi.

“Namun ketika agihan daging korban dilakukan, mereka tidak berganjak, tetap beratur untuk dapatkan daging walaupun tahu itu berbahaya,” katanya ketika ditemui Utusan.

Maarart-ul Nu’man merupakan kawasan di utara Syria yang dikuasai oleh tentera penentang kerajaan.

Kawasan ini juga menempatkan puluhan ribu pelarian yang melarikan diri ekoran krisis tersebut.

Pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia, Syria Care merupakan organisasi yang aktif menyantuni pelarian di sini termasuk membina sekolah dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×