Tiada urusan kerajaan melalui telefon - Utusan Malaysia

Tiada urusan kerajaan melalui telefon

VICTOR SANJOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan seperti balai polis dan mahkamah tidak pernah berurusan menerusi panggilan telefon terutama melibatkan akaun, tangkapan dan kes.

Bagaimanapun, menerusi teknik spoofing, sindiket penipuan Macau Scam mampu mengaut keuntungan dengan menipu mangsa hanya bermodalkan air liur.

Risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, spoofing adalah teknik berkomunikasi menggunakan platform Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) dengan menyalin nombor te­lefon jabatan-jabatan kerajaan untuk menghubungi mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang menerima panggilan daripada nombor ‘pendua’ jabatan kerajaan terpeda­ya dan panik.

Sindiket penipuan kemudian menyamar sebagai pegawai polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi-agensi lain yang boleh ‘menakutkan’ mangsa sehingga mereka menyerahkan maklumat peribadi serta perbankan mereka.

Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisoner Victor Sanjos berkata, sebenarnya tiada agensi kerajaan seperti mahkamah atau polis dan bank berurusan melalui te­lefon kecuali urusan temu janji.

“Apa saja urusan berkaitan dengan akaun, tangkapan dan kes hanya diselesaikan di pejabat sama ada di balai polis, mahkamah atau mana-mana agensi.

“Jika mendapat panggilan daripada nombor tidak dikenali, usah hubungi semula nombor telefon tersebut sebaliknya semak nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi untuk pengesahan.

“Paling penting, jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) atau kad kredit kepada orang tidak dikenali,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Menurut beliau, modus ope­randi lain yang digunakan sindiket Macau Scam adalah dengan membuat penyambu­ngan panggilan atau transfer call dari satu agensi ke agensi lain.

Sebagai contoh, katanya, individu menerima panggilan pihak kurier memaklumkan ada bungkusan atas nama mereka terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram sebelum memaklumkan menyambung panggilan ke balai polis.

“Panggilan sedemikian ha­nya­ helah memperdaya mang­sa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini