LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya bahawa skuad-nya berjaya menandatangani penjaga gol berkualiti, Adrian yang diperoleh mereka secara percuma semalam.
Bekas penjaga gol West Ham itu bakal menjadi penjaga gol kedua bagi menggantikan posisi Simon Mignolet yang berhijrah menyertai kelab Belgium, Club Brugge awal minggu lalu.
“Saya fikir ketibaan Adrian adalah jalan penyelesaian terbaik buat Liverpool yang terdesak mencari penjaga gol kedua. Dia adalah pemain berbakat serta mempunyai banyak pengalaman.
Berita berkaitan:
“Perkara paling mustahak ialah Adrian tahu tentang selok belok aksi di Liga Perdana England. Dia boleh beraksi dalam tekanan serta mempunyai kualiti yang tinggi sebagai benteng pertahanan terakhir. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” kata Klopp.
Sebagai rekod, pemain berusia 32 tahun itu telah membuat 125 penampilan bersama skuad The Hammers.
Dia dibeli pada tahun 2013 daripada Real Betis dan telah dipilih sebagai penjaga gol utama West Ham setahun kemudian bagi menggantikan Jussi Albert.
Adrian juga pernah memikul tanggungjawab sebagai penjaga gol skuad kebangsaan Sepanyol pada tahun 2016. – Agensi.











