Lynas: Kerajaan tersepit kerana hutang Jepun - Utusan Malaysia

Lynas: Kerajaan tersepit kerana hutang Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mengakui kerajaan kini berasa tersepit berhubung isu Lynas Corporation Ltd. (Lynas) kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilangnya di Gebeng, Pahang adalah negara Jepun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berasa terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung Lynas yang memberitahu, pada masa sama, Jepun merupakan negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

“Saya ingin maklumkan Jepun merupakan benefisiari mutlak daripada hasil unsur nadir bumi (REE) kilang Lynas.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Jadi, mungkinkah pelabur-pelabur di Jepun akan berdiam diri sekiranya Lynas tidak dapat meneruskan bekalan REE kepada mereka,” katanya dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia yang ditulis dari Makkah, malam tadi.

Fuziah menambah, sekiranya Malaysia tidak meluluskan lesen operasi Lynas ia akan mengakibatkan industri hiliran di Jepun akan lumpuh.

“Bayangkan keadaan tersepit yang kita berada kini,” ujarnya.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan mengumumkan keputusan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng selewat-lewatnya 15 Ogos ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini