Anggota stabil, dua dibenarkan keluar wad - Utusan Malaysia

Anggota stabil, dua dibenarkan keluar wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 5 Ogos – Dua daripada empat anggota polis yang dirawat di wad Hospital Bentong di sini sejak Jumaat lalu dibenarkan keluar semalam manakala dua lagi masih mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, kesemua mangsa termasuk dua yang masih ditempatkan di Hospital Bentong berada dalam keadaan stabil.

“Mereka menunjukkan perkembangan positif dan kembali pulih. Dua lagi yang masih berada di wad masih terus dipantau sebelum dijangka dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan semua pihak termasuk masyarakat setempat lebih berhati-hati dalam berhadapan situasi seperti ini pada masa akan datang,” katanya selepas melawat anggota polis di wad Hospital Bentong semalam.

Seramai lapan anggota polis disahkan mengalami simptom loya dan muntah selepas melakukan pemantauan di tapak lokasi penemuan 15 tong dram berisi bahan kimia di Ladang Felcra Sempa dekat Karak di sini pada Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa yang mengalami simptom loya dan muntah Jumaat lalu dibawa menjalani rawatan segera ke klinik kesihatan dan Hospital Bentong.

Beliau memberitahu, empat mangsa dirawat di wad biasa hospital Bentong manakala empat lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Hospital Bentong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini