KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM27.93 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.54 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM2 bilion untuk tujuh hari, RM1 bilion bagi 14 hari dan RM1 bilion untuk 21 hari.
Ia juga akan menawarkan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam RM7.2 bilion bagi empat hari hingga 33 hari selain tender repo berbalik RM535 juta untuk 33 hari.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM24.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM12.3 bilion. – BERNAMA











