Keunikan sistem beraja di Malaysia - Utusan Malaysia

Keunikan sistem beraja di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia adalah antara negara di mana hampir semua negeri dalam Malaysia mempunyai sistem raja dan sultan. Ini adalah satu simbol kebangaan kepada negara kita dan kadang kala dicemburi oleh negara-negara lain.

DR. MUHAMMAD ADNAN PITCHAN

Walau pun kita ada ramai raja, sultan tetapi setiap raja, sultan bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiap kaum yang ada di Malaysia wajib mentaati dan mempertahankan institusi beraja kerana dengan adanya institusi berkenaan keselamatan dan ketenteraman negara kita terjamin.

Rakyat perlu faham bahawa institusi beraja bukan hanya memilih ketua negara mengikut giliran atau memberi pingat kepada orang tetapi mempunyai peranan lebih penting di mana memelihara perpaduan negara mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara kita. Mengikut Perlembagaan Perkara 153 selain melindungi kedudukan istimewa orang Melayu Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kepentingan bangsa-bangsa lain.

Ini jelas menunjukkan bahawa institusi beraja bukan hanya melindungi orang Melayu malah bangsa lain juga dilindungi.

Kini, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia secara terang-terang menghina dan mengecam institusi beraja dalam media sosial. Walaupun pelbagai tangkapan dibuat tetapi kes-kes penghinaan terhadap institusi beraja masih berterusan.

Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bercakap. Tetapi kita sering kali tidak membaca Perkara 10(2) di mana Parlimen ada kuasa untuk menyekat kebebasan tersebut sekiranya kebebasan berkenaan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Jika kita teliti Perlembagaan Persekutuan Perkara 63(5) Ahli Parlimen ada kebebasan untuk membuat apa-apa pernyataan tentang institusi beraja tetapi tidak dibenarkan untuk mengancurkan penghapusan institusi beraja dalam apa juga posiding di parlimen. Ini jelas bahawa Perlembagaan turut melindungi Institusi beraja.

Tindakan tegas boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan atau gambar-gambar yang telah disunting, menghina seseorang raja atau sultan. Malah Kanun Keseksaan seksyen 121 turut memperuntukan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup kepada sesiapa yang berperang, mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Tang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja.

Seksyen 121B juga menyatakan bahawa sesiapa merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha pemecatan atau pelucutan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Malaysia boleh dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup dan juga boleh dikenakan denda.

Justeru, anak-anak muda Malaysia perlu memahami peranan institusi beraja, mesti dihormati dan dipertahankan. Pemahaman juga perlu diterapkan diperingkat sekolah lagi.

* Penulis merupakan Pakar Dasar Media dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini