Dua beranak nyaris maut dihempap bangunan runtuh - Utusan Malaysia

Dua beranak nyaris maut dihempap bangunan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 31 Julai – Dua beranak nyaris maut selepas bangunan tiga tingkat yang diubah suai untuk dijadikan reban ayam di Kampung Cenerai, Alor Pasir dekat sini runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohd. Zin Mohd Daud, 59, cedera parah sementara anaknya yang dikenali sebagai Awang, 30, hanya cedera ringan.

Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di dalam bangunan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kota Bharu Abu Hassan Mohd Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang.

Katanya, seramai 10 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Sejurus kami tiba, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai.

“Mangsa kemudian telah rujuk ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini