Mcllroy sertai Tiger di Jepun - Utusan Malaysia

Mcllroy sertai Tiger di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Bekas pemain golf No.1 dunia, Rory Mcllroy akan menyertai pemenang 15 kali kejohanan utama, Tiger Woods dalam aksi Jelajah PGA pertama di Jepun pada tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh penganjur kejohanan pada hari ini.

Woods telah mengesahkan penyertaannya sebelum ini dan berita terbaharu Mcllroy akan beraksi dalam Kejohanan Zozo bernilai AS$9.75 juta (RM40.25 juta) pada Oktober ini pastinya membuatkan ramai peminat golf teruja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia pasti berlangsung penuh menarik terutama apabila memperoleh peluang bersaing di Jepun pada tahun ini dan saya tidak sabar untuk aksi berkenaan.

“Saya juga sedar peminat golf di Jepun pastinya akan memberikan sokongan terhadap saya terutama sewaktu kejohanan berlangsung nanti,” kata Mcllroy.

Ketika ini Mcllroy yang menghuni kedudukan ranking No.3 dunia telah berjaya menempatkan diri di kedudukan kedua senarai Piala FedEx. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini