Datuk Bandar Shah Alam turun padang, selesai masalah penduduk - Utusan Malaysia

Datuk Bandar Shah Alam turun padang, selesai masalah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim turun padang melawat dua kawasan di Rumah Murah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Paya Jaras, Seksyen U19 dan Taman Sri Buloh, Seksyen U19 dekat sini, semalam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, lawatan Datuk Bandar itu bertujuan melihat beberapa isu yang dibangkitkan oleh wakil penduduk antaranya banjir kilat yang menyebabkan rumah penduduk dinaiki air, longkang tersumbat dan binaan haram di atas tanah kerajaan.

“Apa sahaja aduan yang dibuat kepada MBSA, kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari penyelesaian demi kebaikan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini