Najib terima panggilan saat akhir - Utusan Malaysia

Najib terima panggilan saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akui terima panggilan pada saat akhir untuk dimaklumkan bahawa berlaku pertukaran tempat duduk dalam Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

Menerusi hantaran dalam Facebooknya, beliau memberitahu tempat duduk asalnya iaitu ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri yang mengikut protokol istiadat telah ditukar pada saat akhir.

“Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang,” katanya,

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, beliau menyatakan adalah mustahil untuk balik ke Pekan bagi mengambil pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya.

“Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini