Amalan mandi wap atau sauna merupakan warisan turun menurun sejak dahulu yang menjadi rahsia kesihatan badan.
Walaupun berada di era moden, masih terdapat golongan wanita yang mengamalkan mandian sauna atau bertangas selepas bersalin bagi mengembalikan semula kesegaran, kecergasan, bentuk badan dan menjadikan kulit lebih halus serta licin.
Kebaikan mandi sauna bukan sahaja untuk wanita selepas bersalin, malah sesuai untuk semua golongan lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan. Justeru, rawatan sauna masih menjadi pilihan walaupun dalam versi yang dimodenkan.
One Laura Herba Tradisional Sauna di bawah syarikat One Laura Beauty memilih untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional dalam rawatan, namun dimodenkan dengan menerapkan elemen zen.
Pemiliknya, Rose Mahiya memberitahu, One Laura Herba Tradisional Sauna berbeza berbanding perkhidmatan sauna yang ditawarkan oleh spa-spa lain kerana mengekalkan konsep tradisional turun temurun yang menggunakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan asli seperti serai, pinang dan sebagainya.
“Jika sauna lain menggunakan batu-batu yang dipanaskan untuk mengeluarkan asap, kami di sini merebus tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat untuk mengeluarkan asap bagi tujuan sauna.
“Mereka yang menikmati rawatan ini akan berpeluh dan mengantuk tetapi kembali segar dalam tempoh yang singkat,” katanya ketika ditemui Mega Rona semasa pelancaran One Laura Herba Tradisional Sauna cawangan Subang Jaya, baru-baru ini.
Tambah Rose, terdapat dua bilik sauna di cawangan Subang Jaya yang boleh memuatkan sehingga 10 orang.
“Kami akan sesuaikan bilik mengikut bilangan pelanggan pada satu-satu masa.
Di sini juga, kami mengasingkan hari bagi pelanggan lelaki dan perempuan. Dalam masa terdekat, kami akan membina sebuah bilik sauna peribadi yang lebih privasi, khas untuk wanita.
“Selain membantu mendapatkan bentuk badan menarik, kelebihan mandi sauna juga membantu menghilangkan bau dan menyingkirkan toksik dalam badan, termasuk mengembalikan semula antibodi dan sistem pertahanan tubuh,” jelasnya.
Suasana pusat kecantikan dan kesihatan itu dihiasi dekorasi yang eksklusif buat tetamu yang mendapatkan rawatan di situ, selain dilengkapi surau bagi kemudahan pelanggan Muslim.
One Laura Herba Tradisional Sauna adalah perniagaan sepenuhnya milik bumiputera yang menghubungkan pelanggan dengan pakar kesihatan dan kecantikan yang terlatih.
Pusat kecantikan dan kesihatan yang sebelum ini memulakan operasi sejak tiga tahun lalu di Telok Gong, Klang memiliki pengalaman luas, bukan sahaja berkaitan mandian sauna, malah dalam rawatan wajah untuk pelanggan wanita.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan rawatan tersebut, digalakkan membuat tempahan dengan menghubungi talian 03-80110033 atau datang sendiri ke pusat tersebut di 20-1, Jalan USJ10/1E UEP Subang Jaya.











