TEHERAN 30 Julai – Bekas Datuk Bandar Teheran, Mohammad Ali Najafi dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan kesalahan membunuh isterinya oleh mahkamah, hari ini.
Jurucakap mahkamah, Gholamhossein Esmaili berkata, Mohammad Ali didapati bersalah menembak mati isteri keduanya, Mitra Ostad di rumahnya pada 28 Mei lalu.
Mengikut laporan media Iran, mayat mangsa ditemukan dalam tab mandi selepas tertuduh menyerahkan diri dan mengakui pembunuhan dilakukannya. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











