Protes Sudan: PBB gesa siasat pembunuhan lima pelajar sekolah - Utusan Malaysia

Protes Sudan: PBB gesa siasat pembunuhan lima pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 30 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar siasatan dijalankan ke atas insiden pembunuhan lima pelajar sekolah dalam satu protes yang berlaku di Sudan.

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi kenyataan mendesak pihak berkuasa menyiasat dan menahan semua individu yang bertanggungjawab atas kematian pelajar terbabit.

“Tiada kanak-kanak harus dikebumikan dalam pakaian sekolah mereka,” katanya dengan memaklumkan pelajar terbunuh berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penunjuk perasaan mendakwa anggota Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai oleh Jeneral Mohamed Hamdan Daglo, menembak mati lima remaja dalam protes yang diadakan di bandar Al-Obeid semalam.

Insiden itu berlaku susulan pemimpin protes dijangka mengadakan perbincangan dengan pemerintah jeneral hari ini berhubung aspek lain bagi mengembalikan pemerintahan awam di negara itu, selepas kedua-dua pihak mencapai perjanjian perkongsian kuasa pada awal bulan ini. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini