Lelaki berpangkat Datuk cabul tiga wanita semasa temuduga diberkas - Utusan Malaysia

Lelaki berpangkat Datuk cabul tiga wanita semasa temuduga diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 Julai – Seorang lelaki berpangkat Datuk ditahan setelah disyaki mencabul tiga wanita yang hadir temuduga jawatan kerani di syarikatnya di Kompleks PKNP di Medan Gopeng di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazuki Mat berkata, lelaki berusia 65 tahun itu diberkas hari ini di rumahnya di Kampung Rapat susulan laporan polis yang dibuat ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20-an semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku antara pukul 7.45 pagi hingga 4.30 petang semasa suspek yang merupakan pengurus syarikat mengendalikan temuduga berkenaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, semasa temuduga dijalankan, lelaki tersebut tidak bertanyakan soalan berkaitan kerja sebaliknya suspek mengambil gambar mereka dan lebih banyak bercerita tentang hal peribadinya.

“Suspek juga dikatakan telah memegang beberapa bahagian tubuh mangsa termasuk tangan dan bahu, memeluk dari belakang serta mencium leher, dahi dan pergelangan tangan mereka,” katanya di sini hari ini.

Mazuki memberitahu, tangkapan dibuat ke atas suspek dan rakaman percakapannya telah pun diambil.

Ujarnya, rakaman percakapan saksi yang juga anak suspek turut diambil di mana semasa kejadian berlaku, saksi berada di biliknya di pejabat berkenaan.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya direkodkan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini