Lelaki lepasan universiti rugi RM7,000 ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Lelaki lepasan universiti rugi RM7,000 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki lepasan universiti di Kepala Batas di sini kerugian wang tunai sebanyak RM7,000 dipercayai akibat ditipu oleh sindiket Macau Scam semalam.

Mangsa, lelaki berusia 23 tahun itu terjerat dalam sindiket itu selepas menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari Mahkamah Kangar, Perlis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dimaklumkan dia terlibat dalam kes langgar lari di negeri itu dan penyeludupan wang haram sebanyak RM2.6 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa diminta untuk memasukkan sejumlah wang untuk meminda tarikh perbicaraan dan dia juga ditunjukkan salinan waran tangkap terhadapnya.

“Lelaki itu yang tidak berfikir panjang kerana terlalu takut telah membuat pemindahan wang daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank seperti yang diarahkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa telah melakukan dua transaksi pindahan wang ke dalam dua akaun bank dalam masa sehari melibatkan wang berjumlah RM7,000.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran lain kepada sindiket itu, namun dia akhirnya menyedari talah ditipu oleh scammer sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini