Polis tahan 82 orang terlibat dadah - Utusan Malaysia

Polis tahan 82 orang terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Julai – Polis menahan 82 individu yang dipercayai berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan Ops Icebreaker di Kampung Melayu Pandan di sini hari ini.

Dalam operasi bermula pada pukul 6 pagi hingha 12 tengahari itu, polis menjalankan serbuan di kawasan kampung tersebut yang disyaki menjadi tempat penagihan dadah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 71 lelaki tempatan, lima wanita tempatan bersama seorang lelaki Myanmar dan lima lelaki Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, menagih serta memiliki dadah.

“Polis turut menemukan sebanyak 69.53 gram heroin dan 11.90 gram syabu dalam serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, polis sedang giat mengumpulkan latar belakang dan umur kesemua suspek yang masih diperiksa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini