Wujud cubaan halang PH pulihkan ekonomi - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Wujud cubaan halang PH pulihkan ekonomi – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan pentadbiran dan ekonomi negara berjalan dengan perlahan kerana wujud cubaan melemahkan parti pemerintah.

Dr. Mahathir berkata, PH mengambil alih pentadbiran yang mempunyai masalah kewangan besar disebabkan oleh pinjaman berlebihan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“Wujud percubaan politik (melemahkan parti pemerintah). Walaupun mereka tidak berjaya melemahkan pentadbiran sekarang tetapi mereka tentu akan menghalang tindakan kerajaan bagi proses pemulihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ditinggalkan dengan pelbagai isu antaranya masalah kewangan. Kita perlu membayar balik pinjaman yang diambil oleh kerajaan BN dan sekarang kita tidak tahu di mana wang tersebut telah disimpan,” katanya seperti dipetik wawancara bersama agensi berita Turki, Anadolu semalam.

Dr. Mahahthir kini berada di Turki selama empat hari bagi lawatan rasmi bermula Khamis lalu.

Menurutnya, wang tersebut dipercayai hilang dan disembunyikan di luar negara.

“Kami percaya mereka menyembunyikan wang di luar negara dan tekanan kewangan kepada kerajaan sekarang sangat besar. Situasi ini menghalang kami untuk kembali menguruskan ekonomi dengan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini