Malaysia bekerjasama dengan Turki bina super car - Utusan Malaysia

Malaysia bekerjasama dengan Turki bina super car

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 27 Julai – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Turki dalam pembuatan ‘super car’ bagi meningkatkan lagi keupayaan industri automotif negara.

Katanya beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

“Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (super car) bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini