Agenda DAP kuasai harta negara - Utusan Malaysia

Agenda DAP kuasai harta negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius tindakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin untuk melantik Wong Kah Woh (DAP – Ipoh Timur) sebagai Pengerusi SEDA.

Keputusan ini secara jelasnya menyerlahkan lagi kerakusan DAP untuk menguasai pelbagai sektor ekonomi negara!

SEDA adalah agensi yang ditubuhkan di era Barisan Nasional (BN) untuk memacu pertumbuhan  dan pembangunan industri ‘Tenaga Diperbaharui’ (Renewable Energy) negara. Sejak tahun 2012 sehingga 2017, SEDA bertanggungjawab kepada pengagihan kuota penjanaan tenaga elektrik melalui Fotovolta Solar, Biomas, Biogas, Hidrokuasa Kecil dan Geoterma berjumlah 3,086.45 GWj.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada penghujung Disember lalu, Bee Yin telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai RM2.0 bilion. Persoalannya apakah pelantikan Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA ini berkait rapat dengan projek berbilion ringgit yang baru diumumkan ini kerana agihan kuota penjanaan bagi projek ini akan diselia oleh SEDA?

Perlantikan pemimpin DAP bagi menerajui agensi kerajaan yang penting ini bukan sahaja menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan tadbir urus yang baik (good governance), bahkan satu lagi pencabulan kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) berkaitan dengan perlantikan politik dalam sektor kerajaan dan GLC.

Apakah sudah tiada lagi tokoh-tokoh di kalangan pakar, jurutera profesional dan ahli korporat yang mandiri untuk menggalas jawatan Pengerusi SEDA sehingga Bee Yin terpaksa melantik kroni parti?

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Bee Yin tampil memberikan penjelasan kerana bukan sahaja membelakangi janji manifesto PH bahkan wujud konflik berkepentingan yang boleh dikaitkan dengan pelantikan ini.

Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini