Polis tegur anggota letak motosikal di parkir OKU - Utusan Malaysia

Polis tegur anggota letak motosikal di parkir OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak Polis Bantuan Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini susulan gambar yang tular di laman media sosial menunjukkan motosikal peronda dan payung yang digunakan mereka diletakkan di ruangan parkir Orang Kelainan Upaya (OKU) di situ kelmarin.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, aduan berkenaan perkara tersebut telah dimajukan kepada Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

“Beliau juga telah menghubungi pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Surat teguran akan dikeluarkan terhadap mereka supaya lebih peka dan sensitif untuk menjaga nama baik PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu ciapan di laman media sosial Twitter yang dibuat oleh seorang saintis dan juga pejuang hak pesakit Spina Bifida, Noraishah Mydin Abd. Aziz bahawa tapak parkir yang sepatutnya dikhaskan untuk golongan OKU telah diletakkan payung dan juga motosikal peronda milik PDRM.

Menurutnya lagi, kejadian tersebut berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini kelmarin kira-kira pukul 2 petang.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini