RM1.03 juta diperuntukan laksanakan projek bekalan air luar bandar di Perlis - Utusan Malaysia

RM1.03 juta diperuntukan laksanakan projek bekalan air luar bandar di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 22 Julai – Sebanyak lima projek bekalan air luar bandar akan dilaksanakan di negeri ini sebagai alternatif membantu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini yang disifatkan sudah kritikal.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, lokasi projek berkenaan adalah masing-masing di kawasan Kayang, Simpang Empat dan Beseri dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM1.03 juta.

Katanya, projek berkenaan yang memberi manfaat kepada lebih 741 isi rumah itu dijangka siap sepenuhnya dalam tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengambil maklum masalah ini yang dikatakan sudah berlarutan sejak sekian lama. Kita juga difahamkan mengenai masalah paip-paip lama yang perlu dibaiki atau ditukar baharu bagi menyelesaikan masalah bekalan air itu.

“Kita akan membawa perkara ini kepada kementerian berkaitan untuk melihat masalah berkenaan. Sebagai alternatif, kita laksanakan lima projek berkenaan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan memperuntukan sebanyak lebih RM16.2 juta bagi program pembangunan di Perlis tahun ini.

Katanya, jumlah tersebut adalah bagi melaksanakan empat projek baharu bernilai RM6.3 juta selain menyambung sembilan projek bernilai lebih RM9.9 juta.

“Dalam RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11) pula jumlah keseluruhan projek yang diluluskan di Perlis ialah RM367.418 juta,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini