Anggota parkir motosikal di petak OKU ditegur - Utusan Malaysia

Anggota parkir motosikal di petak OKU ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung gambar tular membabitkan motosikal milik pasukannya yang diletak di parkir orang kurang upaya (OKU) Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dan mereka akan mengeluarkan surat teguran kepada Polis Bantuan Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil mengenai perkara itu.


Ujarnya, siasatan mendapati motosikal dan payung itu adalah milik Polis Bantuan. 

“Aduan itu sudah dimajukan kepada KPD dan beliau sudah menghubungi pihak Polis Bantuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


Tambah Asmawati, surat teguran itu juga akan diberikan kepada mereka terlibat supaya lebih sensitif dan peka serta menjaga nama baik polis.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini