Penutupan lorong, perubahan trafik di Persiaran Sukan dilanjutkan - Utusan Malaysia

Penutupan lorong, perubahan trafik di Persiaran Sukan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penutupan lorong dan perubahan lalu lintas di Persiaran Sukan, Shah Alam Selangor berdekatan Etiqa Insurance Bhd. akan dilanjutkan bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan ‘pier cap’ projek Transit Aliran Ringan (LRT3).

MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi, pada 26 Julai hingga 28 Julai ini.

“Susur kiri dari Lebuhraya Guthrie dan lorong kanan dari Shah Alam di Persiaran Sukan berhadapan Pangsapuri Brunsfield akan ditutup dan pemandu akan dialihkan berdasarkan peta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini