Kakitangan JKR maut langgar treler - Utusan Malaysia

Kakitangan JKR maut langgar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menuju ke tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 9.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), berhampiran Ijok, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi, Ahmad Shaid Mohtar, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Sungai Besar dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y150. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa kemudiannya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan besi keluli. 

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini