Pelancong Uzbekistan nyaris lemas di Pantai Tengah - Utusan Malaysia

Pelancong Uzbekistan nyaris lemas di Pantai Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Seorang lelaki Uzbekistan nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Tengah, Kuah di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Akbar, 38, bernasib baik apabila diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pukul 1.05 petang.

Pegawai Bencana Operasi Dan Latihan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada rakan mangsa dikenali sebagai Sabir

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai lima anggota berjaya menyelamatkan mangsa yang hampir lemas akibat dihanyutkan ombak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudian diberikan rawatan posisi pemulihan dan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa selesai menerima rawatan pada pukul 1.30 petang,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa ketika kejadian dipercayai dalam pengaruh alkohol.

“Kita menaikkan bendera merah pada hari kejadian sebagai tanda amaran berikutan laut bergelora, namun mangsa tidak mengendahkannya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini