Pembangkang perlu mencabar rogresif - Utusan Malaysia

Pembangkang perlu mencabar rogresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), semakin jelas pemerintahan tanpa ideologi yang kukuh akan terpesong dan mudah diperdayakan.

Ini jelas dilihat dalam pelbagai isu yang cuba ditangani oleh kepemimpinan PH seperti penetapan gaji minimum, pekerja asing, penambakan laut di Pulau Pinang, pencemaran bahan kimia di Johor dan banyak lagi.

Kegagalan kepemimpinan PH berpegang kepada ideologi pembangunan yang mengutamakan rakyat menyebabkan mereka mudah diperdayakan oleh desakan majikan, elit korporat dan golongan berkepentingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, amat jelas kita memerlukan pembangkang yang boleh membawa perjuangan progresif melawan pemerintah yang sedang berusaha membantutkan tuntutan rakyat. Pihak pembangkang perlu menjadi suara hati kepada rakyat yang inginkan perubahan sebenar dalam Malaysia Baharu ini, tetapi kecewa dengan tindak-tanduk PH.

Erti sebenar pembangkang adalah parti yang bersedia mencabar struktur pemerintahan kapitalis yang menjadi asas negara ini dan ingin membuat perubahan menyeluruh, bukannya reformasi semata-mata.

A. SIVARAJAN

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini