Tunai haji guna hasil menoreh, ‘main kutu’ - Utusan Malaysia

Tunai haji guna hasil menoreh, ‘main kutu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 21 Julai – Walaupun sudah berusia 75 tahun, Che Lat Yaacob didapati masih bersemangat untuk mengerjakan ibadat haji musim ini selepas berjaya dipilih menjadi tetamu Allah.

CHE LAT YAAKOB

“Pakcik dah lama menabung, dengan duit menoreh getah pakcik dan makcik dapat kumpul duit, dan seterusnya dapat datang ke Mekah tahun ini,” kata Che Lat yang dipanggil Tok Wan oleh rakan-rakan sebilik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia berkata, duit yang diperoleh hasil menoreh getah disimpan dengan cara ‘bermain kutu’ iaitu kaedah mengumpul wang bersama rakan-rakan sekampung.

“Harga getah dulu bagus, boleh sampai RM4 lebih sekilogram tetapi sekarang tinggal RM2 lebih saja,” katanya ketika ditemui di biliknya di Hotel Bakkah Al-Salah, salah satu penginapan Tabung Haji di sini.

Bagi Tok Wan, perasaannya sudah tentu seronok dan sangat bersyukur dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan telah beberapa kali dapat beribadat di Masjidilharam.

Rakan sebiliknya yang juga dari Kuala Nerang, Kedah Abdul Manah Ismail, 69, berkata dia juga berusaha mengumpul wang hasil daripada kerja kampung, termasuk menoreh getah.

Katanya, dia amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Tabung Haji untuk menjadi tetamu Allah dan ingin berpesan kepada anak-anak di kampung agar tidak perlu risaukan ke­adaan mereka.

“Kami semua dalam ke­adaan baik dan Tabung Haji juga jaga baik dari segi makanan dan penjagaan kesihatan,” tambah­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini