Penamat mitos kanser elektromagnet FR - Utusan Malaysia

Penamat mitos kanser elektromagnet FR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK lama dulu, seorang sahabat menanya jika saya memiliki tanah tertentu. Oleh kerana sahabat, saya layan sahaja pertanyaannya. “Ada. Tapi belum beli’’. Memang jawapan tahap temberang tertinggi sebab maklum sahabat itu kaki mengena.

Tidak mengendahkan jawapan poyo berkenaan, sahabat itu bercerita dengan suara tenang, sebelum perlahan-lahan menaik apabila sampai ke bab wang tunai. Apalah sangat hendak diharap pada wartawan, mana ada wang macam hartawan, kata saya lagi.

Menurutnya, tanah yang diperlukan tidak besar. Setengah ekar (0.202 hektar) pun cukup. Buat apa? Bina menara pemancar telekomunikasi. Saya tegakkan badan, isyarat tidak akan meneruskan loyar buruk lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh kerana menara dibina menegak, tanah yang diperlukan tidak perlu besar. Betul? Dan kos membinanya, ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor. Mereka akan menyewa tapak tanah sahaja. Oleh kerana kos membinanya berjuta ringgit, sewa itu bukan setahun dua tetapi minimum 15 tahun.

Sewa sebulan antara RM2,000 hingga maksimum RM5,000 bermakna setahun RM24,000 hingga 60,000. Lumayan, Pak!

Bagaimana kalau kawasan sekitar sudah ada menara? Jangan bimbang. Dalam era perluasan jalur lebar sekarang, keperluan terhadap menara pemancar sangat tinggi.Setiap syarikat Telco ada jaluran rangkaian sendiri dan tiada masalah jika ada menara lain berdekatan. Patutlah di surau perumahan, menara seumpamanya dibina depan dan belakang. Ini satu cara mudah dan terbaik untuk isi tabung aktiviti surau.

Penyelidikan lebih mendalam dilakukan: antara isu yang dari dulu sampai sekarang tidak henti-henti dijadikan asas kepada bantahan pembinaan menara pemancar ialah kebimbangan terhadap kadar pancaran Medan Elektromagnet Frekuensi Radio (RF-EMF) yang didakwa boleh menyebabkan kanser.

Atas sebab inilah, Khamis lepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjawab isu ini di sidang Dewan Rakyat. Kadar RF-EMF tidak berbahaya, malah paras yang digunakan adalah lebih rendah berbanding had disyorkan.

Kadar itu selari garis panduan ditetapkan International Commission On Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP) dan standard mandatori untuk pancaran medan elektromagnet daripada infrastruktur komunikasi radio.

Fakta-fakta menolak dakwaan ada kesan kanser:

1 Teknologi komunikasi mudah alih menggunakan frekuensi radio dan tergolong dalam kategori sinaran bukan mengion (NIR) tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk memecahkan atau mengganggu struktur molekul dan sel tubuh manusia.

2 Pendedahan berterusan terhadap NIR hanya boleh menyebabkan kesan pemanasan dan tidak cukup untuk mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu badan manusia.

3 Frekuensi radio juga mempunyai tenaga 1,000 kali lebih rendah berbanding tenaga matahari, walaupun kedua-duanya dalam kategori NIR.

4 Sinaran X (atau kita biasa sebut X-ray) mempunyai tenaga 1,000 kali ganda lebih tinggi tenaga sinaran dibandingkan sinaran matahari.

5 Sinaran X yang dikategorikan sinaran mengion mempunyai tenaga mencukupi untuk mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu badan manusia.

6 Ujian tahap pancaran frekuensi radio (RF) kendalian Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di seluruh negara mendapati radiasi di kawasan sekitar pemancar adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat iaitu kurang daripada dua peratus.

7 Kadar pancaran RF ini mematuhi Standard Mandatori bagi EMF dari Struktur Komunikasi Radio yang ditetapkan dan tidak berupaya membawa risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar, termasuk golongan warga tua atau kanak-kanak.

TIDAK lama dulu, seorang sahabat menanya jika saya memiliki tanah tertentu. Oleh kerana sahabat, saya layan sahaja pertanyaannya. “Ada. Tapi belum beli’’. Memang jawapan tahap temberang tertinggi sebab maklum sahabat itu kaki mengena.

Tidak mengendahkan jawapan poyo berkenaan, sahabat itu bercerita dengan suara tenang, sebelum perlahan-lahan menaik apabila sampai ke bab wang tunai. Apalah sangat hendak diharap pada wartawan, mana ada wang macam hartawan, kata saya lagi.

l Meter Pintar

Mitos kanser akibat pancaran RF turut mengena meter pintar Tenaga Nasional Berhad. Jawapannya ialah RF yang terhasil adalah minimum dan secara relatifnya, di paras rendah terutama dibandingkan dengan gajet lain yang kita gunakan seharian seperti telefon pintar, Wi-Fi dan ketuhar gelombang mikro.

Sebagai perbandingan, berikut adalah pecahan pelepasan RF :-

Meter Pintar (Jarak tiga meter/10 kaki): 0.1 Mikrowatt per segi sentimeter (cm2)

Wi-Fi: 20 Mikrowatt cm2

Telefon Pintar (diletak pada telinga): 10,000 Mikrowatt cm2

Dan Meter Pintar menghantar maklumat dua kali sehari iaitu sekali setiap 12 jam, bukan sekali sejam. Dengan jutaan meter pintar yang sudah dipasang di luar negara, dakwaan berkaitan RF ini tidak berasas.

Komponen RF pada meter pintar ini sudah melalui proses pemeriksaan dan ujian ketat oleh badan-badan berkaitan di banyak negara, termasuk Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Setelah memahami sepenuhnya bahawa tidak benar RF-EMF mengakibatkan kanser, anda wajar berlapang minda dan dada bahawa penggunaan meter pintar adalah selamat dan menara pemancar bawa lebih banyak kebaikan kepada kita.

Jadi bersama-samalah kita cuba cari tanah yang sesuai untuk dibeli, kemudian sewakan kepada kontraktor menara. Tapi sebelum itu, silalah dapatkan nasihat kontraktor berkaitan. Bukan takut kanser, cuma takut tanah gambut atau paya tak sesuai dibina menara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini