Proses biasa keluarkan sijil kelahiran kepada anak warga asing - Utusan Malaysia

Proses biasa keluarkan sijil kelahiran kepada anak warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Pengeluaran sijil kelahiran kepada anak warga asing adalah proses biasa untuk Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan kelahiran mereka di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh berkata, ramai yang keliru berhubung perkara tersebut sehingga ada yang mempertikaikan tindakan pihaknya mengeluarkan sijil kelahiran kepada anak warga asing.

“Ingin saya tegaskan, setiap kelahiran di Malaysia wajib didaftarkan tanpa mengambil kira taraf warganegara ibu bapa bayi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sijil kelahiran itu untuk rekod simpanan maklumat setiap kelahiran di negara ini,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Jelas Ruslin yang mulai menerajui jabatan tersebut April lalu, sijil kelahiran itu selalunya akan digunakan bagi urusan imigresen dan bukannya kriteria utama dalam penganugerahan kerakyatan.

Katanya, JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran berbeza warna mengikut taraf warganegara iaitu hijau bagi kanak-kanak warganegara dan merah bagi bukan warganegara atau belum ditentukan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini