Lesap RM27,000 ditipu 'Inspektor Firdaus' - Utusan Malaysia

Lesap RM27,000 ditipu ‘Inspektor Firdaus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang tukang masak berusia 55 tahun di sini kerugian RM27,000 selepas ditipu ‘Sarjan Azlan’ dan ‘Inspektor Firdaus’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu dihubungi suspek melalui nombor +321460522 kelmarin.

“Suspek menyamar dari Telekom Malaysia dan memberitahu nombor telefon pengadu ada masalah. Talian disambungkan pula kepada Sarjan Azlan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sarjan Azlan mendakwa pengadu terlibat pengubahan wang haram dan diminta bercakap dengan Inspektor Firdaus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, Inspektor Firdaus berjanji untuk membantu mangsa mengelakkan diri daripada ditangkap polis.

Ujarnya lagi, mangsa diminta melakukan empa transaksi pemindahan wang ke dalam dua akaun milik individu tidak dikenali.

“Pengadu berasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini