KENINGAU 21 Julai – Mayat seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Pegalan, dekat sini, pada Jumaat lalu ditemukan petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, mangsa John Wahid, 35, ditemukan dalam keadaan terdampar kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 2.20 petang semalam.
“Mayat mangsa ditemukan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Keningau yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pagi semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA











