PESHAWAR 21 Julai – Seramai enam orang terkorban selepas seorang pengebom bunuh diri wanita menyerang sebuah hospital hari ini.
Insiden itu berlaku di pintu masuk hospital di kampung Kotlan Saidan, pinggir bandar Dera Ismail Khan.
“Penyerang berusia kira-kira 28 tahun, meletupkan dirinya sendiri, membunuh dua anggota polis dan empat penduduk awam serta mencederakan 13 yang lain,” kata ketua polis daerah, Salim Riaz kepada AFP. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











