Tambah waktu operasi klinik kesihatan awam yang besar elak kesesakan - Utusan Malaysia

Tambah waktu operasi klinik kesihatan awam yang besar elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Memanjangkan waktu operasi klinik-klinik kesihatan (KK) awam yang besar di seluruh negara dilihat sebagai satu alternatif untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerajaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr N. Ganabaskaran berkata, pemanjangan waktu operasi di sesetengah klinik kesihatan terbukti dapat menangani masalah kesesakan di sesetengah hospital yang sering berlaku kesesakan.

Beliau juga mencadangkan agar dilaksanakan pengagihan semula tenaga manusia yang amat diperlukan dengan melaksanakan desentralisasi perkhidmatan jauh dari Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) yang sentiasa sibuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waktu operasi yang lebih panjang di Klinik Kesihatan, misalnya di KK Kuala Lumpur, telah dapat mengalihkan sedikit beban dari Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL (Hospital Kuala Lumpur), tetapi pemanjangan waktu operasi juga hendaklah diperluaskan ke semua KK di negara ini dengan menambah perkhidmatan yang ditawarkan.

“Oleh itu, pelaburan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan-perkhidmatan rawatan utama dapat mengurangkan beban di hospital-hospital,” katanya kepada Bernama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini