Wendy raih tempat keempat di Gwangju - Utusan Malaysia

Wendy raih tempat keempat di Gwangju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat atlet terjun negara, Wendy Ng Yan Yee untuk mendapatkan pingat dalam acara kegemarannya 3 meter papan anjal menerusi Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan tidak kesampaian apabila menamatkan aksi di tempat keempat dalam saingan akhir, hari ini.

Dalam saingan akhir tersebut Wendy menamatkan aksi di tempat keempat namun dia telah meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 kerana mara ke final acara tersebut.

Wendy mengumpul 222.40 mata dalam saingan akhir tewas kepada pemenang pingat gangsa dari China, Wang Han yang mencatat 223.50 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat emas menjadi milik Esther Qin dari Australia yang berjaya mengumpul 239.85 mata manakala Shi Tiangmo dari China membawa pulang pingat perak dengan 234.00 mata.

Kejayaan Wendy pada semalam mara ke saingan akhir membolehkan dia muncul sebagai wakil ketiga daripada sukan terjun negara berjaya meraih slot ke Tokyo 2020

Pada Isnin lalu, Malaysia meraih tiket pertama menerusi pasangan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang meraih pingat perak acara 10m platform seirama wanita.

Sehari selepas itu, Pandelela meraih tiket keduanya dengan melangkah ke saingan akhir 10m platform individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini