Niaga hadapan MSM ditutup rendah - Utusan Malaysia

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan jangkaan eksport lemah.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, jangkaan eksport lemah pada minggu-minggu akan datang memberi tekanan terhadap permintaan.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM1,900 dan paras ketahanan pada RM2,000 setan metrik,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada paras penutup, kontrak Ogos 2019 dan Oktober 2019 turun RM11 setiap satu masing-masing kepada RM1,905 dan RM1,972 setan metrik, September 2019 susut RM10 kepada RM1,939 setan metrik dan November 2019 berkurangan RM8 kepada RM2,018 setan metrik.

Jumlah dagangan jatuh kepada 45,337 lot daripada 48,753 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 274,926 kontrak daripada 275,767 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Julai tidak berubah pada RM1,900 setan metrik. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini